Aku cuma nak kongsi keluhan kepada pembaca2ku. Kita semua mempunyai kawan-kawan, kekasih atau bekas kekasih. Adakala kita benarkan mereka campak taik kat muka kita. Dan adakalanya kita tak benarkan mereka jentik sikit pun.
Begitu berbeza kedudukan setiap manusia dlm senarai hidup kita. So aku ingin sentuh sedikit sebanyak tentang had yg kita beri kepada orang orang yang ada kaitan dgn diri kita.
Aku bagi diri aku sebagai contoh. Aku pernah digelar jantan panas baran. Aku pernah bersikap 'ada pergi ada balik'. Pengharapan aku terhadap mereka sering melebihi jangkauan yg diberi.
Aku tak boleh bagitau keadaan sebenar. meh aku kasi contoh. kononnya ko dengan seseorang kawan kongsi duit utk beli seekor kucing mahal ni yg berbulu lebat. oleh sebab2 tertentu, mak ayah aku larang aku simpan kucing. kalau aku ada kucing, aku akan dibelasah dgn paip jamban. kawan pukimak ko tu pulak bagitau ko yang dia nak cukur bulu kucing tu. ok.. mungkin contoh ni tak berapa tepat, tapi ia sangat sangat menjengkelkan.
ramai org mengatakan kat aku... "aku sangat sangat baik dengan orang sampai dorg pijak kepala." aku rasa aku patut ckp mcm tu. dan aku rasa dah tiba masanya utk aku berubah menjadi seorang yang lebih tegas. sejauh mungkin, aku cuba kawal kemarahan aku dengan berdiam sahaja. jadi adakah semua ini punca-punca imej yang aku persembahkan? imej yang selalu senyum. marah pun masih boleh senyum?
berbalik kepada kawan pukimak yg pelihara kucing tu. selalu mintak aku duit. kononnya untuk 'bagi kucing tu makan dan dll' padahal utk kegunaan peribadi. aku dah amik keputusan untuk bertindak. aku tak akan sabar kepada orang orang yang menguji kemarahan aku.
ada sejenis spesis manusia yang suka marah-marah org yg tak bersalah, hanya kerana dorg 'bad mood' dgn benda lain. adil ke kena marah tak pasal-pasal?
sebelum ni, aku telan je ragam orang beremosi, walaupun aku cuba berkompromi. aku akan masih cuba berbaik dengan org org keliling aku, tapi kalau emosi itu melebihi batas, aku tak akan fikir dua kali untuk membidas. aku dah buat keputusan. kepada pemilik kucing, sabtu ni, aku akan bertindak. sekian.
Jumat, November 21, 2008
Gunung Merapi
Diposting oleh Naz Flair © di 11/21/2008 12:31:00 AM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 komentar:
Posting Komentar