Perhatian kepada pembaca-pembacaku yang berakhlak mulia dan matang. Aku ada beberapa keluhan yang menjengkelkan selama berpuluh-puluh tahun berkawan. Pada sesiapa yang terasa, harap jangan tanya jika aku menunjuk jari pada korg. Kalau terasa, ubahlah hobi korg ni yang sangat sangat sampah.
1) Jika kamu seorang perokok, tolong jgn sumbang tenaga untuk meringankan kotak rokok orang lain. Bukan tak boleh mintak, tapi ada batasnya. Kalau asyik muka kamu je jadi pencukai rokok, abih muka kita jadi apa? Kalau taknak jadi bahan perbualan, harap berubah dan belilah rokok sendiri. Kalau tak mampu, tolong henti merokok.
2) Penegasan nota teratas akan ku perluas menggunakan contoh-contoh lain. Bukan sahaja rokok yang dimaksudkan, tetapi makanan, minuman, dan arak sekalipun.
3) Yang ni, aku sangat sangat benci tahap langit ke 7. Orang orang yang pinjam duit. Aku tak payah kata pepanjang. Biar apapun alasan untuk pinjam duit. Nak gi clubbing ke. Nak melancong ke. Nak gi dating ke. Lantaklah. Asalkan bayar balik. Jangan dok diam sampai kita yang terkejar-kejar.
Mungkin ada yang fikir aku ni mata duitan. Aku mengira. Aku tak pernah belanja kawan-kawan aku ke? Tanya lah dorang. Pertamanya, sebagai manusia, secara lazimnya kita harus berdikari. Selagi kedua-dua tangan dan kaki kita masih berfungsi dan tidak cacat, kita tidak sepatutnya terima bantuan kewangan untuk perbelanjaan kita sendiri. Atas bawah dah berbulu. Ye kalau boleh taknak mintak bantuan ibu-bapa untuk perkara remeh, tu sebab aku sedia menolong sesiapa yang perlukan duit. Aku juga adakalanya perlukan duit, tapi aku tak akan dok senyap dan lenyap.
Tapi pokoknya, kita dapat duit dengan usaha dan titik peluh kita. Duit itu juga hak kita. Sama ada nak berbelanja, berjudi, menderma... itu hak empunya badan. Kalau kita gagal untuk menilai dan sentiasa ambil lewa tentang hak orang lain iaitu duit, adakah kita kawan yang ikhlas dan jujur?
Catatan ini tidak dituju kepada rakan-rakan yang menghulur dan menerima.
Senin, November 03, 2008
Kutu Dan Pijat
Diposting oleh Naz Flair © di 11/03/2008 11:16:00 PM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 komentar:
Posting Komentar