Apa khabar pembaca-pembacaku yang aku tak mengenali. Topik untuk hari ini adalah untuk memperbincangkan tujuan penerbit-penerbit blog. Sebelum aku soal-menyoal dan buat andaian liar, ada baiknya aku bagitau tujuan aku.
Sebenarna takde apa. Aku cuma ingin abadikan kenangan-kenangan melalui catatan. Kita sering begantung kepada ingatan tetapi ada seribu satu perkara yang juga menggunakan daya sel sel otak.
Ada sesetengah orang yang mempersembahkan sebuah illusi kepada pembaca walhal kehidupan mereka biasa sahaja. Walaupun lensa kamera tidak menipu, tetapi manupilasi realiti boleh tercapai dengan posisi kamera dan juga sofwe seperti photoshop. Penerbit-penerbit sebegini raikan populariti melalui jalan tersebut. Pembaca pula rasa teruja dengan kecantikan dan kehidupan mereka yang dipaparkan sebagai... agak menarik. Huhu.
Ada pula menggunakan blog sebagai alat mengetengahkan propaganda dan pendapat berbau politik. Blog juga boleh menjadi ruujukan kepada pembaca yang mempunyai minat yang sama. Contoh, aku selalu kunjung blog gusti sbb aku pun minat gusti.
Jom kita menyeleweng sikit. Kalau korang pandang kotak FEEDJIT disebelah kanan, terdapat ramai pembaca dari blog hun hun. Nampaknya dia berjaya menarik minat pembaca untuk sentiasa dok jengok. Mungkin suatu hari nanti, aku dapat capai tahap tu. Lulz. Lantak lah. Kalau aku sorg je yang baca blog ni pun takpe.
Jumat, November 07, 2008
Tujuan Menerbit Blog
Diposting oleh Naz Flair © di 11/07/2008 07:00:00 PM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

2 komentar:
bukan bedah tak baca.. bedah baca. tapi dari type out the full URL kan senang main click je dari blog nisa. kan kan.
mmm! betol betol betol!
location: workplace
time and day: 4.47pm on saturday
mood: i wana go shit now
Posting Komentar