KLIK SINI UTK AGENSI RIC FLAIR! DAN KLIK SINI UTK LELAMAN RASMI WWE »

Rabu, Desember 31, 2008

Edisi Hujung Tahun

Hi pembaca-pembacaku yang amat baik hati dan pemurah. Terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk walaupun tidak ada sebarang kemajuan terhadap blog ni dari segi entri ataupun kemaskini latar hias.

Aku tetiba rasa susah nak lelapkan mata, mungkin disebabkan imbasan sepanjang tahun yang berlegar diingatan. Bagai melepaskan angin di pinggiran bukit.

Hmmm, mungkin imbasan aku tidak tertakluk hanya pada tahun ni, tapi juga tahun-tahun sudah. Naik kusut kepala aku fikirkan kehendak masa depan.

Sejak tahun 2005, aku diberi peluang bekerja untuk Maggie (selaku boss aku). Kerja sakan sehingga tiap hari balik lewat (Tiap hari beb. Kecuali hujung minggu la). Dia pernah pesan kat aku. Kalau kita nak berjaya, kita harus ubah cara hidup dan pemikiran yang sedia ada. Bergaul dgn orang orang yg berada dan berjaya. Jangan dok campur dgn kekawan yang gelap masa depannya. Aku pun ikut membabi buta beb.
Pendek kata, ramai juga kawan-kawan yang aku tindas sepanjang jln. Dan pada tahun 2007, jumlah duit simpanan aku mencecah lebih $30,000. Bayangkan... hanya 2 tahun bekerja dengan Maggie. Aku juga berbelanja mewah. Pada pertengahan tahun ni, Maggie melamar aku jadi rakan-kongsi untuk pengedaran kotak Voice-over-IP. Habis duit simpanan aku. Memandangkan S'pore tengah mengalami kesan kegawatan ekonomi sejagat, agak sukar untuk aku raih keuntungan dlm jangka masa yg singkat (iaitu setahun). Dan buat masa ni, aku ada perancangan untuk reka sesuatu yang agak berbaloi mengikut jangkaan aku dan beberapa rakan. Kita tengok lah mcm mana nanti ye. Huhu.

Perenggan tadi agak jenuh sbb aku ceritakan ttg kerjaya aku yang belum sampai tahap berjaya. Sekarang ni aku nak storykan tentang cinta. Huhu. Adakala ku rasa teringinnnn... adakala je. Malas aku nak layan. Setakat usyar untuk 5 minit ok la. Lebih dari tu, mintak mahap atas bawah. Perasaan ingin dibelai dan disayang belum meleluasa lagi. Huhu.

Okaylah, tukar topik! Tadi aku lalu Dataran Merdeka. Dorg dah pasang khemah utk streetparty menjelang tahun baru. Agak menarik. Aku akan kembali dgn gegambar untuk santapan mata korang. Berikut adalah 3 insan sewel yang banyak mengisi ruang hidup aku. :)


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Penghargaan gambar-gambar = Hun Hun dan kamera merah jambunya

2 komentar:

nisa mengatakan...

annoying eh si jul tu... asik2 muka dia terpampang pat gmbr2! annoying in melayu aper ah? i terlupe.. huhu.

and i nak tanya.. bagai melepaskan angin di pinggiran bukit tu kononnya makna dia aper? melepaskan kentut yang tidak berbaloi ke? cuba terangkan keadaan ku yang keliru biru (bukan haru biru eh) ini. tanks (ala barbarella)!

bergaul dengan orang2 yang berada dan berjaya? so where does that put us? berjaya ke? amin ya robbal alamin.

dan sempena tahun baru ini, i feel like buying a new camera. huhu. ENTAH LAHHHH!!!!!

dah nak gi lunchsss (ala yat berok).

nisa mengatakan...

ohhh.... not forgetting...

TAK INGAT NAK BALIK KEPEEE???!!! AKU REMBAT HANG BARU TAUUUU...

ok bye.