KLIK SINI UTK AGENSI RIC FLAIR! DAN KLIK SINI UTK LELAMAN RASMI WWE »

Sabtu, Oktober 04, 2008

Antara Orang Singapore dan Orang Malaysia

Aku nak kongsi pandangan aku ttg keadaan sosial di antara Malaysia dan Singapore secara am. Tadi bila tgh shiok gelunsur, tetiba aku terbaca sebuah artikel dari seseorang rakyat spore mengenai rompakan di JB. Kesian aku baca keluhan dia... huhu... sebelum aku teruskan, aku ni ORG SPORE ok...

Rata-rata, pendapat org (Melayu) spore ttg m'sia: barang2 murah, kotor, jln raya kurang selamat, rasuah, senang kena tipu, tak canggih dll. Kalau sesiapa yg menggunakan bahasa melayu yg lengkap, atau simpan misai dan jambang, dorg akan fikir... 'eee berbual mcm mat msia'... jadi begitulah tanggapan kebanyakkan org-org (melayu) spore yg fikir mereka ni lebih superior.

Jadi kenapa nak pergi msia pulak? Ooooh sebab nak beli rokok murah. Sebab nak isi minyak, nak pergi beli belah... maklumlah sana kan murah, tak mampu nak berbelanja mewah kat negara sendiri. Contohnya, kalau singgah kat memana kedai, dengan bahasa penuturan bahas amelayu yang sangat lemah, dorg akan berseloroh... "this thing is cheap eh... kalau kat spore so expensive!"... jadi apa kesimpulannya? apa agaknya pendapat org-org JB bila tgk gelagat org-org spore ni? POYO dan BERLAGAK... huhu... usah pot-pet kalau msia kotor. Senang je. Jangan jejak kaki pon.. dok diam diam kat pulau spore. Tandas spore bukannya ada paip utk cebok. Uwekk.. huhu.

Jom kita bersambung, org-org JB akan bengang dgn secara tidak langsung. Dah lah penggunaan bahasa kita ni ganjil dgn linggo2 sendiri yg kononnya cool... huhu. Sila nilaikan andaian ini. Ramai org spore dtg JB, berboros sakan. Tak hairanlah kenapa ramai org spore jadi sasaran. Ada gula, ada semut.

Walauapapun, pada aku, aku rasa selamat kat JB atau kat KL. Malah aku rasa lebih selesa berada di sana berbandingkan kat sini. Sebagai negara yg membangun, Msia agak setaraf dgn spore dlm pelbagai aspek. Masih byk ruang yang boleh diperbaiki, terutama skali dari segi ekonomik, pendidikan, perumahan etc. Kalau Spore pulak, huhu... apa lagi yang boleh diubah kecuali kos kehidupan je. Kita harus ingat bahawa bangsa Cina yang byk sumbangkan tenaga dan peluh utk bangunkan Spore.

Kat msia, org Melayu mampu memiliki rumah besar, kereta, minyak, laptop yg berharga RM5000 ke atas... Kalau kat sini? Ye lah, kaya hanya di negara org, tapik sebaliknya di negara sendiri. kesesakan jln raya kat msia berbangdingkan jam kat spore... huhu... bayangkan perjalanan yg mkn masa selama 45min dari bt pjg ke bt merah melalui lebuhraya BKE kerana jam. Tak masuk dek akal betul. tambang SGD22.00 naik teksi dan 45 min, aku boleh naik bas dari JB ke yong peng dah.

Kita harus pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan. Pada org org Msia, jgn anggap org spore ni kaya. Setakat kaya kat Indon ke India ke ok lah.. Kat negara sendiri.. hmmm sila rujuk kepada fakta2 berikut:

Sumber: http://www.singstat.gov.sg/pubn/popn/ghsr1/indicators.pdf

Photobucket

Pendapatan bulanan secara am bagi org org Melayu (spore) pada tahun 2005 adalah SGD2,200 berbanding bangsa Cina dan India iaitu SGD 3,600. Bilangan pelajar berbangsa Melayu (spore) yg layak ke universiti juga sangat kecil.

Jadi pada org-org (Melayu) spore, jgn poyo sgt ok. penat aku taip menaip!

0 komentar: