
Aku terasa geli geman sambil menaip skrg ni... Kalau nak ikutkan hati, aku nak tubuhkan gerakan anti lipas sedunia. Biar lipas2 bodoh dan hodoh ni kena lenyek dgn selipar atau sotkhabar! Lipas juga merupakan serangga bodoh dan amat terkenal dgn skill terbang yg membabi buta. Dikurniakan tanpa sebarang sel-sel otak, kadang-kala lipas2 ni akan meluru lari kearah kita walaupun mereka mempunyai sesungut sebagai panduan. Jadi AWAS! Basmikan semua lipas2 yang anda jumpa.. walaupun baby lipas! Ah timang la kalau comel sangat!
Aku tak geli dgn serangga ni, tapi aku bencccccci sesangat! Apa hal nak isap darah? Pergilah taman bunga isap nektar ke minum air jamban ke. Kekadang tu, bila nyamuk2 sial ni tgh gigit, kita tak rasa.. dah lepas tu baru gatal nak mampos. Sikap nyamuk2 ni yg tamak haloba menyebabkan penggerakkan yg lembab jadi senang utk kita bunuh. Aku paling tak suka kalau TAPAK kaki aku kena gigit... cheebye!
Serangga yang dipaparkan diatas bergelar pijat. Kalau korang nampak pijat, tau tak kena buat apa? PIJAK PIJAT TU! Tapi oleh kerana saiznya yang sebesar taik lalat, ia sering bersembunyi dicelah2 katil, tilam, bantal, sofa dan tempat2 lain dimana kami, manusia merehatkan diri. Walaupun mereka tidak mempunyai lubang hidung, ia menggunakan sesungut utk hidu keringat manusia. Korang pakai minyak wangi pun tak guna. Seekor pijat puaka mampu menghisap satu gantang darah dari tubuh kita atau lebih. Sesiapa yang suka kepada pijat, korang memang mental.
"cik cik cik".. Ni lah bunyik cicak rumah. Korg tak geli ke? Kalau korang bukak almari ke tutup tingkap ke, cicak ni tetiba lari keluar. Kalau lari je ok lah.. kot kot dia tersalah step dan jatuh kat kepala korg ke... eeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
Sabtu, Oktober 04, 2008
Kebencian Setulus Hati
Diposting oleh Naz Flair © di 10/04/2008 11:28:00 PM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 komentar:
Posting Komentar