GUSTI: Flair bakal kembali
Susunan NOR FAIZAH MOHAMED
faizah@hmetro.com.my
PENGGUSTI veteran, Ric Flair merancang untuk kembali ke gelanggang selepas beberapa bulan mengisytiharkan persaraannya.
Malah, Flair berasakan gelanggang gusti mahu melihat semula aksinya meskipun bukan di pentas WWE.
Penggusti yang lebih dikenali sebagai ‘Nature Boy’ itu dilaporkan menerima beberapa tawaran dan tertarik dengan pelan kemunculan semula di Jepun.
Wujud spekulasi mengatakan dia bersetuju untuk tampil dalam pertarungan tahunan Tokyo Dome pada Januari ini.
Dan Flair menghangatkan lagi spekulasi itu dengan mendakwa satu-satu perkara yang menghalangnya bergusti semula ialah Shawn ‘ The Heart Break Kid’ Michaels.
Dia bimbang Michaels berkecil hati apabila kembali aktif berikutan dia sudah berjanji dengan penggusti itu bahawa dia akan berehat.
Flair dan The Heart Break Kid mengharungi pertarungan penuh memori di WrestlMania 24, tahun ini, yang mana ia menjadi titik noktah kepada karier Flair.
Ucapannya dalam majlis Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) adalah antara detik penuh emosi dalam sejarah WWE, selain lambaian selamat tinggal dalam program Raw, sehari selepas itu.
Pengacara legenda WWE, Jim Ross berkata: “Bilakah kali terakhir anda mendengar penggusti profesional bersara, maksud saya benar-benar bersara dan sama sekali tidak bergusti lagi selepas pertarungan persaraannya?
“Ric kini dalam situasi unik kerana dia antara beberapa penggusti tanpa ejen yang masih mampu menjual tiket, apatah lagi bila ada promosi besar yang menyokongnya dan dia bergusti dalam pertarungan berprofil tinggi.
“Situasi itu yang ingin direalisasikan penganjur Tokyo Dome pada 4 Januari ini. Dia mungkin menentang penggusti legenda Jepun, Masa Chono.
“Saya lebih rela melihat Ric bergusti di Tokyo Dome daripada melihatnya mempromosikan gusti di gimnasium sekolah seluruh Amerika Syarikat.”
“Itu situasi menyedihkan untuk dilihat.”
Selepas meninggalkan gelanggang WWE, khidmat Flair masih diperlukan bagi mempromosikan badan sukan berbentuk hiburan itu.
Namun, tugasnya selaku duta WWE hanya bertahan kurang sebulan sebelum penggusti berusia 59 tahun itu enggan memperbaharui kontraknya.
Katanya menerusi Agensi Gillespie: “Saya dan WWE tidak lagi bersama. Ini memberikan saya peluang untuk mencuba perkara baru - berucap di majlis korporat, beralih penajaan, menyertai majlis fotografi bersama peminat dan terbabit dalam filem serta siri televisyen.
“Saya tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak dan situasi ini membolehkan saya lebih rapat dengan peminat yang selama ini menyokong karier gusti saya.”
Rabu, Oktober 29, 2008
Petikan Dari Harian Metro
Diposting oleh Naz Flair © di 10/29/2008 12:02:00 PM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

1 komentar:
wah. Jim Ross bbual melayu ke? huhu.
macam belami boys bbual melayu ke? HUHU!
macam macam ah.
Posting Komentar