Aku agak cemas apabila jubah yang aku siapkan (sebenarnya aku buat tempahan) tidak dijumpai. Kisahnya, bondaku telahpun menyahut sokongan mesra alam dengan membuang jubah itu. Bayangkan, hanya 2 hari menjelang Halloween, dan aku dah beli segala manik-manik dan butiran untuk menghias jubah yang ditempah. Laksana membeli perabot tanpa rumah.
Namun begitu, sebagai hukuman ringan, aku bagi bonda tempoh sehari untuk mendapatkan jubah yang serupa. Huhu. Memang jalan pintas ini berkesan. Aku pun habiskan masa tido dengan menghias jubah supaya kelihatan seakan-akan jubah Ric Flair.
Hun Hun, Bedah, Raihan dan mamatnya Andy berkumpul dan bersiap-siap di pejabat Diageo. Kami mengambil masa agak lama untuk berpakaian ragam dan mengalami masalah dapatkan teksi.
Sebaik sahaja kami tiba ke destinasi kami iaitu Zouk, kami seumpama masuk langau ke mulut. Ramai gila orang yang beratur, dan kami tetiba rasa kurang bersemangat. bagaikan air titik ke batu. Kami mengambil jalan pintas dengan memotong barisan beratur dan bayar dipintu masuk.
Kami berjumpa dengan Kodomo, Kristal, Yvonne, Syed Salim, Iskandar dan Rubiah. Dan keseronokan bermula.











Nota sisipan: Gambar dicilok dari http://the-nisa.blogspot.com
Minggu, November 02, 2008
Kemuncak Halloween
Diposting oleh Naz Flair © di 11/02/2008 06:36:00 PM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

2 komentar:
how come when i view the pictures at your blog, they dont have white spots all over. but when i go back to my blog, my pictures all have white spots all overrrr!!!
thats why i used mozillaaaa! coz internet sucks!
but beb.. i used internet u know... ok je... i tink ur fotobucket no space... by the way i host ur pics on my fotobucket huhu..
Posting Komentar